Hernandez berdepan enam bulan penjara

Iklan
Hernandez

TONGGAK pertahanan Bayern Munich, Lucas Hernandez berdepan hukuman penjara selama enam bulan setelah didapati mengingkari perintah larangan yang dikenakan terhadapnya pada 2017 lalu.

Pemain Perancis berusia 25 tahun itu dikatakan melanggar perintah larangan yang memerintahkannya agar dia perlu berada dalam jarak 500 meter dari isterinya.

Iklan
Iklan

Difahamkan, perintah larangan dikenakan setelah Hernandez dipercayai melakukan keganasan rumah tangga terhadap isterinya pada 2017 lalu.

Perintah larangan itu juga turut memerlukan Hernandez untuk terlibat dengan program-program khidmat komuniti selama 31 hari.

Iklan

Bagaimanapun, Hernandez dikatakan telah melanggar perintah larangan itu bagi menemui isterinya baru-baru ini.

Justeru, Hernandez diperintahkan untuk hadir ke mahkamah secara sukarela pada 19 Oktober nanti bagi menjalani hukuman penjara tersebut.

Iklan

Harnandez bagaimanapun dikatakan telah mengemukakan rayuan berhubung perkara berkenaan.