Pelancong domestik ke Selangor dijangka meningkat

Iklan
Air Terjun Sungai Lepoh. - Sumber internet

SHAH ALAM - Pengusaha pelancongan di Selangor digesa untuk membuat persediaan rapi dengan jangkaan peningkatan kehadiran pengunjung dari luar negeri pada cuti hujung minggu susulan kelonggaran merentas negeri.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian berkata, langkah itu bagi memastikan pengunjung yang melancong ke negeri ini rasa selesa dan selamat.

Iklan
Iklan

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan pengunjung agar sentiasa menititkberatkan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan.

"Semua pihak termasuk pengunjung ke negeri ini perlu mengamalkan kawalan kendiri serta tidak leka dan alpa walaupun mereka dibenar merentas negeri," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Antara lokasi pelancongan menarik yang dijangka menerima kedatangan pengunjung yang tinggi di Selangor adalah Air Terjun Lata Medang dan Fraser Valley di Hulu Selangor; Greenhouse D Jeram dan Sembilang Eco Resort (Kuala Selangor); Air Terjun Sungai Lepoh dan Kolam Air Panas Sungai Serai (Hulu Langat) serta Kelong Paradise dan Sungai Limau Resort (Sabak Bernam).

Selain itu, lokasi tumpuan lain termasuk di Rubinga Heritage dan Golek Golek Suasana Kampung (Gombak); Ladang Buah Naga (Sepang), Pantai Batu Laut (Kuala Langat), Mural Safari (Klang) dan Taman Persahabatan Selangor-Jepun (Petaling).

Iklan

Dalam pada itu, Loy Sian yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang menjangkakan prestasi kehadiran pelancong domestik akan terus meningkat susulan kelonggaran merentas negeri.

Selepas hampir sembilan bulan kerajaan melarang aktiviti rentas negeri susulan penularan pandemik Covid-19 yang melanda negara, akhirnya aktiviti berkenaan dibenarkan semula mulai 11 Oktober lalu.