WHO tubuh pasukan baharu kaji asal usul virus Covid-19

Iklan

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan, satu jawatankuasa baharu mungkin merupakan peluang terakhir untuk mencari asal usul Covid-19.

Badan dunia itu sudah mencalonkan 26 pakar untuk menganggotai jawatankuasa itu dikenali sebagai Scientific Advisory Group on the Origins of Novel Pathogens (SAGO).

Iklan
Iklan

Lebih 18 bulan sejak Covid-19 didakwa mula menular di bandar Wuhan, China (pada Disember 2019), persoalan bagaimana ia pertama kali muncul masih belum jelas.

Pasukan itu turut akan mengkaji adakah virus itu berpunca daripada haiwan kemudian menular ke manusia di pasar Wuhan atau mungkin tersebar dari makmal.

Iklan

China terus menafikan teori berpunca daripada makmal itu.

Pada Februari, pasukan WHO yang ditugaskan untuk menyelidik asal usul Covid-19 membuat kajian di China dan dapatannya melaporkan ia mungkin berpunca daripada kelawar.

Iklan

Namun Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mendakwa, kekurangan data dan kekangan China mengurangkan ketepatan dapatan itu.

Anggota jawatankuasa SAGO yang dicadangkan termasuk enam pakar yang pernah membuat kajian di China sebelum ini.

Pengumuman pasukan jawatankuasa baharu ini muncul selepas China bersiap sedia untuk menguji puluhan ribu sampel bank darah yang diambil ketika wabak melanda.

Namun, Beijing juga mahu inisiatif SAGO ini tidak dipolitikkan. - Awani