LUAS kesan pencemaran air di Sungai Gong

Iklan
Beg serbuk karbon teraktif turut dipasang bagi mengurangkan risikl pencemaran.

RAWANG - Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan pencemaran air di Sungai Gong, di sini lebih awal berjaya menghalang risiko henti tugas di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang.

Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian berkata, pencemaran air seakan-akan sabun itu dikesan sekitar jam 11 pagi pada Rabu susulan kejadian kebakaran melibatkan sebuah premis gudang plastik di Sungai Bakau.

Iklan
Iklan

Loy Sian berkata, siasatan awal LUAS mendapati air sisa pemadaman itu telah memasuki aliran longkang dan seterusnya disalurkan terus ke Sungai Gong.

"Berikutan itu, LUAS telah mengaktifkan kod kuning berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air bagi siasatan menyeluruh di kawasan itu yang berpotensi menyebabkan henti tugas LRA Rantau Panjang.

Iklan

"Anggaran jarak lokasi ke muka sauk Rantau Panjang adalah 13 kilometer dengan tempoh perjalanan sembilan jam untuk pencemaran sampai ke sana," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Loy Sian berkata, persampelan bau yang dilaksanakan di Sungai Sembah dan Sungai Selangor turut mencatatkan bacaan 0 ton sehingga jam 2.30 pada Rabu.

Iklan
Kakitangan LUAS mengambil sampel air di longkang yang tercemar dengan warna putih seakan sabun.

Begitupun, beliau berkata, peningkatan bau sehingga 1 ton dikesan pada jam 6.30 hari sama di sekitar jambatan Sungai Sembah.

"LUAS telah meningkatkan inisiatif pencegahan dengan meletakkan tujuh beg serbuk karbon teraktif di alur longkang sebelum ke Sungai Bakau.

"Selain itu, operasi pengepaman air kolam Bestari Jaya dan Projek Hybrid Off River Augmentation Storage (HORAS) 600 telah diaktifkan dengan tambahan 1,070 juta liter/hari (JLH) bagi tujuan meningkatkan 'dilution factor' sungai,"katanya.

Dalam pada itu, Loy Sian memaklumkan langkah mitigasi susulan dan pemantauan rapi statik dilaksanakan di Sungai Sembah bagi memastikan insiden pencemaran dapat dielakkan.

Tambahnya, bacaan pencemaran bau di LRA Rantau Panjang, LRA Sungai Selangor (SSP1, SSP2 dan SSP3) sekitar jam 9.30 malam pada Rabu juga berada di tahap 0 ton serta tidak melibatkan sebarang gangguan operasi.

"Kerajaan Selangor sentiasa komited dalam memastikan kelangsungan sumber air di negeri ini terjamin," katanya.