Pengarah Kesihatan Selangor penerima awal dos penggalak Covid-19

Iklan
Dr Sha'ari (tiga dari kanan) antara penerima awal suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 di negeri ini.

SHAH ALAM - Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman dan 29 anggota petugas kesihatan yang lain menjadi antara penerima awal suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 di negeri ini.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, Dr Sha'ari menerima suntikan itu di Hospital Shah Alam pada Khamis.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, JKN Selangor menyahut baik saranan daripada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar terhadap pemberian dos penggalak bagi membendung wabak Covid-19 di negeri ini.

"Dos penggalak ini adalah bagi memastikan perlindungan yang lebih optimum kepada Covid-19 selaras dengan penyusutan perlindungan vaksin terutamanya bagi golongan berisiko tinggi," kata kenyataan itu menerusi status dimuat naik di Facebook JKN Selangor pada Khamis.

Iklan

Sinar Harian pada 10 Oktober lalu melaporkan, pemberian dos ketiga dan dos penggalak vaksin Covid-19 akan mula diberikan kepada petugas barisan hadapan dan golongan berisiko tinggi seperti warga emas serta individu dengan penyakit kronik bermula minggu depan.

Khairy berkata, pemberian dos ketiga akan diberikan kepada individu yang tidak mencapai tahap optimum dengan dua dos vaksin sahaja.

Iklan