Hati-hati keluarkan kenyataan: Annuar Musa

Iklan
Annuar Musa

PUTRAJAYA - Pemimpin UMNO dinasihatkan lebih berhati-hati sebelum membuat sesuatu kenyataan bagi mengelak sebarang masalah kepada parti.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, kenyataan yang dikeluarkan boleh mengheret parti ke dalam masalah apatah lagi sekiranya ia melibatkan pendapat individu.

Iklan
Iklan

"Dalam parti elok amalkan budaya berunding supaya kita dapat sesuatu keputusan itu berasaskan kepada konsultasi dan mengelakkan pandangan peribadi," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu dan Barisan Nasional (BN) akan bertanding secara bersendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tanpa kerjasama parti lain termasuk Pas yang menjadi sekutunya dalam Muafakat Nasional (MN) atau Bersatu.

Iklan

Katanya, apa jua pendirian yang dibuat oleh UMNO tidak lagi melihat kepada kepentingan parti itu sendiri sahaja sebaliknya, harus juga melihat kepada kedudukan parti sebagai pihak yang sedang memimpin.

"UMNO akan rugi jika menolak kerjasama dengan parti-parti lain kerana parti itu sendiri sememangnya memerlukan kerjasama tersebut," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia di kementeriannya pada Khamis.

Iklan

Ahmad Zahid dalam wawancara pada malam Rabu berkata, antara punca UMNO membuat pendirian itu adalah tiada kerjasama dengan Pas ialah MN itu sendiri tidak pernah didaftarkan.

Beliau turut menyebut tentang pengkhianatan berulang kali terhadap UMNO sewaktu mengulas berkenaan MN, namun tidak memberikan penjelasan lanjut maksud kenyataan itu.

"Oleh kerana MN ini tidak pernah didaftarkan, saya tidak nampak ada cahaya terang untuk MN itu direalisasikan sebagaimana beberapa pilihan raya kecil (PRK) yang pernah diadakan," katanya.