TEMERLOH - Sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang dipandu seorang lelaki musnah terbakar di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh, menghala ke timur di sini pada Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh, Penolong Penguasa Bomba Syed Mohsen T Ismail berkata, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 9.08 pagi.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, tujuh anggota BBP Temerloh bersama sebuah jentera pemadam api dan ambulans Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian untuk kerja menyelamat.
"Terdapat sebuah kereta dengan peratusan terbakar kira-kira 80 peratus. Pasukan bomba memadamkan api dengan menggunakan dua aliran gelung hos tangki pam jentera bomba," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, kejadian bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan dan api berjaya dikawal pada jam 9.44 pagi sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.06 pagi.
"Pemeriksaan dijalankan bagi memastikan api telah dipadamkan sepenuhnya. Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.