Ribuan penduduk Afghanistan terima bantuan UNHCR

Iklan
UNHCR bersama beberapa agensi bantuan dan pertubuhan bukan kerajaan sedang bertungkus lumus untuk mengagihkan bantuan kepada penduduk yang memerlukan menjelang musim sejuk. - Foto fail UNHCR

KABUL - Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) telah menyampaikan bantuan kepada ribuan penduduk yang memerlukan di seluruh Afghanistan, menurut agensi itu pada Khamis.

Bantuan itu diagihkan kepada 4,506 penduduk di Kabul, Kandahar, Kunduz dan Balkh dengan kerjasama beberapa agensi bantuan lain.

Iklan
Iklan

"Di Herat (provinsi) pihak kami turut memberikan sumbangan wang tunai kepada 665 orang penduduk di Kabul dan 973 orang di Herat,” menurut agensi itu, lapor Xinhua.

UNHCR bersama beberapa agensi bantuan dan pertubuhan bukan kerajaan sedang bertungkus lumus untuk mengagihkan bantuan kepada penduduk yang memerlukan menjelang musim sejuk.

Iklan

Keadaan ekonomi di Afghanistan semakin meruncing dengan kadar pengangguran dan kemiskinan yang kian meningkat. -Bernama

Iklan