Delegasi Taliban berunding dengan pegawai kanan Turki

Iklan
Amir Khan Muttaqi ketuai delegasi Afghanistan ke Turki untuk mengadakan rundingan dengan pegawai kanan Turki pada Khamis. - Foto fail Reuters

ANKARA - Pegawai tinggi kerajaan sementara Afghanistan akan mengadakan rundingan dengan pegawai kanan Turki pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Delegasi Afghanistan ke Turki itu diketuai pemangku Menteri Luar, Amir Khan Muttaqi, kata jurucakap Kementerian Luar Abdul Qahar Balkhi di Twitter.

Iklan
Iklan

"Pertemuan itu antara lain akan membincangkan mengenai isu-isu kepentingan bersama," kata Balkhi.

Mesyuarat itu adalah yang pertama antara Turki dengan pentadbiran baharu Afghanistan sejak Taliban mengambil alih Kabul pada 15 Ogos.

Iklan

Balkhi berkata kedua-dua pihak akan membincangkan mengenai hubungan dua hala, perdagangan, bantuan kemanusiaan, migrasi dan pengangkutan udara. - Bernama

Iklan