Hurikan Pamela badai Mexico, ribuan penduduk terpaksa bergelap

Iklan
Hurikan Pamela melanda Mexico menyebabkan bangunan rosak dan hampir 200,000 isi rumah di beberapa negeri mengalami gangguan bekalan elektrik. - Foto Reuters/Daniel Becerril

MEXICO CITY - Hurikan Pamela mendarat di Mexico menyebabkan bangunan rosak dan hampir 200,000 isi rumah di beberapa negeri mengalami gangguan bekalan elektrik, lapor Sputnik.

Menurut Suruhanjaya Elektrik Persekutuan (CFE) Mexico pada Khamis, anggota penyelamat dan juruteknik sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik di negeri terjejas iaitu Sinaloa, Nayarit, Durango, dan Coahuila.

Iklan
Iklan

"Sejumlah 195,990 pengguna terjejas dan setakat ini 50 peratus bekalan elektrik telah dapat dipulihkan," menurut CFE.

Pamela mula membadai Sinaloa pada Rabu pagi sebelum hurikan itu bergerak ke negeri-negeri lain, menurut Pusat Taufan Mexico.

Iklan

Pihak berkuasa tempatan di Nayarit mengeluarkan amaran banjir susulan peningkatan paras air di sungai San Pedro dan Acaponeta. Operasi memindahkan penduduk yang berada di zon berisiko masih diteruskan. - Bernama

Iklan