Riadah bersama keluarga

Iklan
Orang ramai mengambil kesempatan melakukan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi bersama keluarga dan rakan-rakan ketika tinjauan fotoBernama di bukit pasir buatan di Pantai Mek Mah hari ini.

Tinjauan mendapati orang ramai di kawasan rekreasi dan riadah semakin meningkat selepas kerajaan membenarkan individu yang sudah lengkap menerima vaksin merentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis.

Keputusan itu dibuat berikutan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.

Iklan
Iklan