Canton Fair ke-130 rangsang pemulihan ekonomi global

Iklan

GUANGZHOU - Ekspo Import dan Eksport China ke-130 atau dikenali Canton Fair akan berlangsung secara hibrid di bandar Guangzhou, China pada 15 hingga 19 Oktober.

Naib Ketua Canton Fair, Chu Shijia ketika sidang akhbar pada Rabu lepas menyatakan Canton Fair tahun ini membawa makna signifikan demi menunjukkan hasrat China untuk memperkukuh keterbukaan, memelihara perdagangan bebas, memperkasa kerjasama antarabangsa dalam usaha melawan wabak dan merangsang pemulihan ekonomi global.

Iklan
Iklan

"Canton Fair edisi kali ini bertemakan 'Dwi kitaran' yang merujuk kepada paradigma pembangunan baharu yang diusahakan China, iaitu kitaran domestik dan kitaran domestik antarabangsa yang terbuka dan saling menggalakkan," katanya.

Untuk rekod, Canton Fair telah diadakan sebanyak tiga kali secara maya akibat pandemik Covid-19 tetapi tahun ini pameran secara fizikal akan diadakan sekali gus menunjukkan kesemua pameran berskala besar kembali dianjurkan di negara ini.

Iklan

Canton Fair merangkumi kawasan seluas 400,000 meter persegi, dilengkapi 51 ruang pameran mengikut 16 kategori komoditi di samping menyediakan 19,181 gerai pameran.

Sebanyak 92 syarikat termasuk syarikat tersenarai dalam Fortune Global 500 dari 15 negara dan kawasan termasuk Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada bakal menyertai pameran fizikal.

Iklan

Difahamkan, seramai 143,000 pembeli telah berdaftar dalam pameran kali ini, melibatkan pembeli dari syarikat terkenal di AS, Perancis, Finland, Indonesia dan Maghribi serta institusi perindustrian dan perdagangan asing di China. - Bernama