Angkasa komited kukuh kerjasama dengan MEDAC

Iklan
Abdul Fattah

ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) komited terus memperkukuh kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan agensinya dalam usaha menjadikan koperasi jentera pengagihan sosiekonomi yang adil buat rakyat.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, Angkasa terus mengatur strategi dan melaksanakan pelbagai inisiatif serta inovasi baharu bagi memperluas serta menggiat penglibatan koperasi dalam sektor perniagaan berpotensi tinggi.

Iklan
Iklan

"Ia supaya gerakan ini dapat menjadi pemangkin kepada ekonomi yang progresif serta inklusif untuk semua. Angkasa juga fokus memperkasa koperasi komuniti kerana ia adalah asas kepada pengukuhan sosiekonomi dalam sesuatu kelompok," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Ia susulan lawatan sulung Menteri MEDAC, Tan Sri Noh Omar ke ibu pejabat Angkasa di Petaling Jaya pada Khamis.

Iklan

Dalam pada itu, Abdul Fattah yang juga Presiden Pertubuhan Koperasi ASEAN (ACO) berkata, terkini Angkasa melalui syarikat bersekutu MyAngkasa Az Zahra Sdn Bhd melancarkan Program Transformasi Hutang bertujuan memperbaiki ekonomi anggota terutama penjawat awam melalui kaedah transformasi hutang kepada aset.

Sementara itu, dalam majlis lawatan berkenaan, Noh berkesempatan melancarkan Angkasa Virtual Run 2021 sempena Sambutan Jubli Emas penubuhan Angkasa ke-50 dengan menyasarkan 5,000 penyertaan di seluruh negara.

Iklan

Penyertaan telah dibuka pada 1 Ogos dan ditutup pada 31 Oktober ini manakala tempoh larian pula adalah dari 16 September hingga 15 November depan. - Bernama