Biri-biri ada lima kaki di Australia

Iklan
Kaki kelima seekor biri-biri tumbuh di belakang kepala haiwan itu dan dipelihara oleh Sam Kuerschner di ladang ternakannya di Australia Selatan baru-baru ini. - Foto ABC

MELBOURNE - Seekor biri-biri yang menjadi haiwan ternakan di sebuah ladang di Australia didapati mempunyai lima kaki baru-baru ini.

Penternak haiwan itu, Sam Kuerschner hanya mengetahui tentang haiwan tersebut ketika dia berehat di ladangnya di Orroroo, Australia Selatan.

Iklan
Iklan

Penemuan itu berlaku apabila bapanya mendapati terdapat seekor biri-biri mempunyai lima ekor laki.

Dia bersama beberapa orang lagi kemudian melihat biri-biri itu dan mengesahkan penemuan bapanya tersebut.

Iklan

Kuerschner berkata, dia berasa amat terkejut dengan penemuan itu.

Berita tentang biri-biri yang mempunyai lima kaki itu kemudian tersebar dengan cepat dalam kalangan penduduk tempatan.

Iklan

Menurut lelaki berkenaan, ramai orang yang bertanya tentang biri-biri berkaki lima tersebut.

Kuerschner menyatakan bahawa dia pernah berbual tentang penemuan itu kepada seorang penternak biri-biri yang pernah menternak ribuan haiwan tersebut selama 30 tahun.

Katanya, penternak itu turut menyatakan dia tidak pernah melihat ada biri-biri yang berkaki lima.

Namun, biri-biri milik Kuerschner itu mempunyai kaki kelima yang tumbuh di belakang kepala haiwan tersebut di sebelah kanan.

Ia mempunyai cukup sifat untuk menjadi kaki kerana mempunyai tulang dan berbulu tetapi kelihatan tergantung pada tubuh haiwan itu. - Agensi