BUENOS AIRES - ARGENTINA.Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengecam penunjuk perasaan 'ves kuning' yang bertindak ganas ketika menyertai bantahan kenaikan cukai bahan bakar di ibu kota Perancis, semalam.
"Saya tidak terima keganasan. Tidak ada satu alasan pun yang membenarkan serangan terhadap pihak berkuasa, menyebabkan perniagaan terjejas, mengganggu orang awam atau wartawan dan mencemari Arc de Triomphe,” kata Macron kepada wartawan di sidang kemuncak G20 di Buenos Aires, Argentina yang berakhir semalam.
"Mereka yang bertanggungjawab melakukan rusuhan ini, menolak perubahan dan kemajuan, mereka mahukan keganasan. Mereka mewujudkan alasan untuk mengkhianati.
"Mereka akan dikenal pasti dan dihadapkan ke muka pengadilan,” kata Macron.
Macron berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat bersama perdana menteri dan menteri dalam negeri, sekembalinya ke Paris untuk membincangkan isu terbabit.
"Saya sentiasa menghormati perdebatan dan sering mendengar pandangan pembangkang tetapi saya tidak boleh menerima keganasan,” kata Macron.
Bantahan bermula di kawasan luar bandar Perancis dalam kalangan rakyat yang menganggap cukai minyak yang tinggi adalah bebanan yang tidak mampu ditanggung, tunjuk perasaan akhirnya bertukar menjadi gerakan membantah pemerintahan Macron. - AFP