Bersedia hadapi cabaran selepas bercerai

Iklan
Sesetengah masyarakat memadang negatif terhadap wanita yang bergelar ibu tunggal atau janda sehingga kadangkala berlaku diskriminasi.

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Pasangan yang bercerai perlu bersedia dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi cabaran selepas mengambil keputusan tersebut.

Ketua Jabatan Psikologi, Fakulti Sains Sosial dan Seni Liberal Universiti UCSI, Penolong Profesor Dr Zhooriyati Sehu Mohamad berkata, antara cabaran tersebut ialah pandangan negatif masyarakat terhadap mereka, khususnya wanita yang akan bergelar ‘ibu tunggal’ atau ‘janda’.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sesetengah masyarakat mempunyai pandangan negatif terhadap golongan berkenaan sehingga kadangkala berlaku diskriminasi.

"Selain itu, bagi wanita yang terlalu bergantung kepada suami dari segi kewangan bakal berdepan dengan cabaran baharu untuk berdikari.

Iklan

"Mungkin bekas suami akan memberikan sedikit nafkah untuk anak-anak, namun ia mungkin tidak cukup untuk mereka menampung kehidupan.

"Mereka juga harus mengambil alih tugas yang sebelum ini dikongsi bersama, selain akan timbul masalah pembahagian harta sepencarian.

Iklan

"Pasangan turut menghadapi masalah baharu yang mungkin tercetus terutama dari segi hak penjagaan anak,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelas Dr Shooriyati, pelbagai faktor mendorong kepada berlakunya perceraian, antaranya tiada persefahaman antara pasangan seperti berbeza pendapat, cara dan tingkah laku; suami hilang kerja, tiada zuriat, serta campur tangan orang ketiga termasuk daripada keluarga.