Sterling beri bayangan tinggalkan Manchester City

Iklan

TONGGAK Manchester City, Raheem Sterling menyatakan kesediaannya meninggalkan penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dan beraksi di luar England.

Penyerang The Three Lions berusia 26 tahun itu sebelum ini kurang menjadi pilihan pengendali The Citizens, Pep Guardiola apabila sekadar melakukan dua penampilan dalam tujuh perlawanan kejuaraan utama Inggeris berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya terbuka untuk menyahut cabaran baharu sekiranya mendapat peluang untuk berbuat demikian pada masa ini.

"Sebagai pemain Inggeris, apa yang saya tahu pada ketika ini hanyalah persekitaran Liga Perdana Inggeris. Namun, pada suatu ketika saya teruja untuk bermain di luar England bagi melihat sejauh keupayaan mengharungi cabaran," ujar Sterling.

Iklan
Iklan

Sterling masih menpunyai kontrak bersama The Citizens sehingga 2023 sebelum ini menyatakan keinginannya menyertai Real Madrid tahun lalu, sebelum pertembungan kedua-dua kelab tersebut di pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara.