Wallace puji semangat pantang menyerah pemain

Iklan
Pasukan muda negara berjaya mengikat skuad B-23 Scotland.

PENGENDALI Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan, Wallace Tan memuji semangat tidak berputus asa yang ditunjukkan oleh para pemainnya ketika mengikat pasukan bawah 23 tahun (B-23) Scotland 1-1 dalam aksi persahabatan di Kelab Hoki dan Kriket Clydesdale pada Jumaat.

Menurutnya, walaupun pasukan negara ketinggalan kepada lawan seawal minit ke-10, namun pemain negara tidak berputus asa untuk mencari gol penyamaan yang dijaringkan pada minit-minit terakhir perlawanan.

Iklan
Iklan

"Dalam perlawanan hari ini kami bermain dengan baik juga walaupun kami terlebih dahulu ketinggalan 0-1. Sehingga minit terakhir, pemain masih terus berjuang dan mereka dapat menyamakan kedudukan 1-1.

"Ini satu pembelajaran yang cukup baik untuk pasukan kami pada malam ini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Perlawanan menentang Scotland itu adalah yang ketujuh buat skuad muda negara dalam siri jelajah kali ini.

Dalam aksi itu, Scotland berada di hadapan pada minit ke-10 hasil pukulan sudut penalti sebelum Malaysia menyamakan kedudukan menerusi gerakan padang oleh Mohamad Akhimullah Anuar Esook pada minit ke-59.

Iklan

Dalam perlawanan itu juga Presiden Hoki Scotland, Colin Fraser turut turun padang menyaksikan perlawanan bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Barry Cawte.

Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan akan melengkapkan aksi terakhir yang merupakan perlawanan kelapan mereka di Siri Jelajah United Kingdom pada Sabtu dengan sekali lagi akan bertemu Skuad B-23 Scotland di Kelab Hoki dan Kriket Clydesdale.