Kutip 702kg sampah di Pantai Pandak

Iklan
Dr Mohamed Ariff Hafizi (dua dari kanan) bersama Zuraida (tiga dari kanan) yang turut hadir ke program gotong royong membersihkan Pantai Pandak.

KUALA TERENGGANU – Geng Plastik Ija (GPI) Kuala Terengganu mengutip sebanyak 702 kilogram sampah yang dibuang pengunjung Pantai Pandak, Chendering melalui program gotong-royong membersihkan kawasan itu pada Jumaat.

Ketua Bahagian GPI, Dr Mohamad Ariff Hafizi Fouzi berkata, seramai 200 peserta yang menyertai aktiviti selama dua jam bermula jam 7 pagi itu mengumpul bekas dan plastik makanan, botol minuman, bekas polisterin, pelitup muka, tali kapal, baju dan kain.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selain Geng Plastik Ija, program itu turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pantai Pandak, JPKK Batu 6, JPKK Kampung Aur, JPKK Chendering pantai dan kariah Masjid Al-Furqan.

"Pantai Pandak dipilih kerana lokasi ini menjadi tumpuan pelancong selain meningkatkan kesedaran masyarakat setempat untuk menjaga keindahan pantai.

Iklan

"Aktiviti ini juga menjadi tekanan sosial kepada pengunjung supaya tidak membuang sampah sewenang-wenangnya dan membawa balik sampah mereka dan dibuang di rumah,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi, ADUN Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dan ADUN wanita, Zuraida Md Noor.

Iklan

Dr Mohamad Ariff Hafizi yang juga Pegawai Perubatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berkata, sepanjang tahun ini GPI Kuala Terengganu berjaya mengumpul 604 beg sampah seberat 2,307 kilogram.

"Kita akan teruskan program gotong-royong ini di beberapa lokasi lain dan berharap pantai di Terengganu sentiasa bersih sebagai tempat bersantai, dan beriadah bersama keluarga selain menjadi pusat aktiviti ekonomi penduduk setempat,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Majid Al-Furqan, Mohd Zaidi Aziz berharap orang ramai dapat menjaga kebersihan dan menguruskan sampah dengan baik bagi mengekalkan keindahan pantai Terengganu.