KABUL - Satu letupan bom menggegarkan sebuah masjid di wilayah Kandahar selatan Afghanistan ketika solat Jumaat, membunuh sekurang-kurangnya 30 orang, lapor Agensi Anadolu.
Pegawai keselamatan masjid itu, Murtaza Zarifi mendakwa serangan dilakukan dua pengebom bunuh diri.