Perancangan keluar kemelut Covid-19 mula tunjuk hasil

Iklan
Mohd Radzi (dua dari kanan) ketika menghadiri Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dipengerusikan Muhyiddin pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Hasil perancangan disusuli dengan usaha gigih semua pihak untuk keluar daripada kemelut pandemik Covid-19 mula menunjukkan hasil yang jelas.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, kadar vaksinasi populasi dewasa juga sudah mencapai 95 peratus ketika ini menunjukkan 'cahaya yang semakin terang dari hujung terowong'.

Iklan
Iklan

"Kini kita sedang menuju fasa endemik. Insya-ALLAH dengan usaha berterusan kerajaan dan dokongan seluruh rakyat, negara kita akan kembali pulih.

"Sama-sama kita doakan agar semuanya berjalan dengan baik dan teratur," katanya dalam coretan di Facebook beliau pada Jumaat.

Iklan

Mohd Radzi berkata, beliau masih ingat, ada pihak yang memandang sini apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Perdana Menteri ketika itu mengumumkan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Malah, katanya, tidak kurang yang mempertikaikan pengenalan fasa-fasa dalam PPN serta nilai-nilai ambang.

Iklan

"Hari ini tiada lagi negeri berada di Fasa 2. Putrajaya, Selangor, KL, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan dan Labuan pula telah berada di Fasa 4.

"Rentas negeri juga telah dibenarkan. Tentunya hujung minggu ini ramai yang balik ke kampung untuk melepaskan rindu kepada ibu bapa dan keluarga tercinta," ujar beliau.