Pusat Darah Negara perlukan stok darah 'A'

Iklan
Pusat Darah Negara

KUALA LUMPUR - Pusat Darah Negara (PDN) hari ini meminta orang ramai, khususnya yang mempunyai darah kumpulan A, agar tampil menderma darah bagi meningkatkan stok darah kumpulan itu di PDN.

Menurut Ketua Seksyen Bahagian Perolehan Darah PDN Dr Thane Moze Darumalinggam, bekalan darah daripada kumpulan berkenaan berada pada tahap sederhana.

Iklan
Iklan

"Buat masa ini, bekalan darah di PDN memang mencukupi, cuma darah A berada pada tahap sederhana.

"Jangan percaya mitos kononnya jika seseorang itu derma darah ia akan membuatkan berat badan mereka akan naik dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Program Derma Darah bersempena Ulang Tahun Bahagian Perkhidmatan Anggota ke-60 di Kem Kementah, di sini hari ini.

Iklan

Turut hadir Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mej Jen Datuk Azlan Abd Rahman.

Sementara itu, Azlan berkata pihaknya menyasarkan kutipan 400 beg darah pada program sehari bermula 8 pagi tersebut.

Iklan

"Warga tentera digalakkan untuk menderma darah kerana ia adalah satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat,” katanya. - Bernama