Pengeboman masjid: Pemimpin negara Islam digesa bertindak

Iklan
Keadaan di dalam masjid Syiah selepas serangan bunuh diri pada Jumaat. - Agensi

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Global Peace Mission (GPM) Malaysia menggesa pemimpin-pemimpin negara Islam untuk menangani dan mengambil tindakan segera bagi mengelak kejadian pengeboman berani mati yang berlaku di masjid terus berulang.

Ketua Pegawai Operasinya, Syahrir Azfar Saleh berkata, corak serangan yang sama berlaku sekali lagi di Kandahar pada Jumaat sehingga kini telah membunuh lebih 23 orang.

Iklan
Iklan

"GPM di dalam kenyataan menyatakan kekesalan berkenaan pengeboman yang berlaku pada minggu lepas di Kunduz telah melahirkan gesaan agar semua pihak yang bertelagah untuk menyelesaikannya di meja rundingan dan tidak melibatkan keselamatan dan nyawa orang awam.

"Namun begitu, kejadian yang masih berlaku selang seminggu dengan modus operandi sama ini benar-benar memerlukan tindakan daripada pemimpin negara-negara Islam untuk membantu Afghanistan meredakan tekanan yang sengaja dibuat oleh pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan di dalam keadaan Afghanistan yang masih belum stabil,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Ujar Syahrir Azfar, kejadian yang pertama berlaku pada 3 Oktober 2021 di Masjid Eid Gah, Kabul membunuh sekurang-kurangnya lima orang.

Menurutnya, selang lima hari, pengeboman berani mati dilakukan di sebuah masjid di Kunduz ketika masyarakat Afghanistan sedang menunaikan solat Jumaat yang membunuh lebih lapan puluh orang.

Iklan

"Rakyat Afghanistan pastinya telah terlalu letih dengan pergolakan demi pergolakan yang berlaku dan perlu diberi ruang untuk kembali bernafas di dalam suasana yang aman dan tenang.

"Lakukanlah sesuatu sebelum keadaan menjadi lebih teruk dan akhirnya kita terpaksa melihat kancah peperangan yang tiada berkesudahan di bumi Afghanistan ini,” menurutnya.