KUALA LUMPUR - Kadar populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin Covid-19 kini mencapai 91.4 peratus atau 21,399,802 setakat 11.59 malam Jumaat meningkat 0.2 peratus berbanding 91.2 peratus pada Khamis (14 Oktober).
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan yang disiarkan di portal COVIDNOW, sebanyak 95.1 peratus populasi dewasa atau 22,260,137 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.