Infantino pertahankan cadangan anjur Piala Dunia 2 tahun sekali

Iklan
Infantino. - Foto AP

PRESIDEN Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino pada Jumaat mempertahankan perancangannya berhubung penganjuran Piala Dunia dalam tempoh dua tahun sekali.

Menurut Infantino, perancangannya itu dilihat dapat membantu negara-negara yang masih belum berpeluang untuk beraksi di Piala Dunia.

Iklan
Iklan

"Tugas kami sebenarnya adalah untuk memikirkan bagaimana kami boleh membantu meningkatkan bola sepak di seluruh dunia.

"Selain itu, kita juga mesti memikirkan cara bagaimana untuk memastikan sukan bola sepak ini menjadi sukan nombor satu di peringkat global,” katanya.

Iklan

Infantino berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Venezuela, salah sebuah negara yang masih belum berpeluang beraksi di Piala Dunia.

Tambah Infantino, ketika keputusan untuk penganjuran Piala Dunia dibuat empat tahun sekali sememangnya telah dibuat sejak hampir seratus tahun lalu dan ketika itu ia melibatkan 40 negara.

Iklan

Justeru menurut Infantino, cadangan agar Piala Dunia ini dianjurkan dua tahun sekali perlu dianalisis semula.

Sementara itu Infantino berkata, keyataannya kali ini diharap mampu menarik perhatian 111 negara yang tidak pernah beraksi di Piala Dunia.

"Bagi saya, mereka (negara), berhak untuk bermimpi (untuk beraksi di Piala Dunia). Bagi saya, kesemua negara berkenaan kini boleh melakukan persiapan untuk beraksi di Piala Dunia 2022, kelak.

"Jika sebelum ini mereka (negara), hanya mampu bermimpi, tetapi kali ini ia bakal menjadi kenyataan dan mereka beraksi di pentas Piala Dunia.