Keputusan tepat tarik diri

Iklan
Medvedev - Foto USA today

JUARA Terbuka US (US Open), Daniil Medvedev menyifatkan keputusannya untuk menarik diri daripada Kejohanan Piala Kremlin di Moscow, sebagai keputusan tepat.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Medvedev berkata, dia menarik diri kerana mahu berehat dan memberikan fokus kepada baki saingan musim ini.

Iklan
Iklan

"Keputusan untuk menarik diri adalah begitu sukar untuk saya lakukan. Namun, saya perlu melakukannya dalam usaha untuk meraih lebih banyak kejayaan kelak.

"Saya tahu ramai yang mengecam saya kerana tidak mahu beraksi hadapan ribuan penyokong sendiri di Moscow, tetapi ia adalah keputusan yang perlu saya buat.

Iklan

"Lagi pun masih ada beberapa kejohanan yang boleh saya sertai dan ia akan membantu saya untuk menamatkan musim ini dengan keputusan-keputusan yang terbaik, kelak,” katanya.

Untuk rekod, September lalu Medvedev mengejutkan peminat sukan badminton apabila berjaya menewaskan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic,6-4, 6-4, 6-4 pada aksi final dan meraih gelaran Grand Slam pertamanya.

Iklan

Bagaimanapun, Medvedev tewas 6-4, 4-6, 3-6 kepada pemain Bulgaria, Grigor Dimitrov pada pusingan keempat Kejohanan Indian Wells.

Sementara itu Mevedev berkata, keputusannya untuk menarik diri kali ini adalah berikutan prestasi dirinya yang masih belum mencapai tahap terbaik.

"Berdasarkan kepada prestasi terkini saya, memang satu keputusan yang baik untuk saya menarik diri kerana berdasarkan situasi semasa diri saya, saya bimbang tidak dapat berikan aksi terbaik.

"Oleh itu, lebih baik saya berehat seketika dan kembali beraksi apabila prestasi saya berada pada tahap terbaik,” katanya.