Kenderaan bertambah, aliran trafik lebuh raya Perak masih terkawal

Iklan
Keadaan aliran trafik Lebuhraya Utara Selatan yang dirakam berhampiran Tapah ketika tinjauan dilakukan.

IPOH - Jumlah kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Perak menunjukkan peningkatan pada Sabtu susulan kebenaran rentas negeri dan cuti hujung minggu.

Tinjauan setakat jam 11 pagi mendapati, kenderaan bergerak perlahan, namun aliran trafik masih lancar dan terkawal.

Iklan
Iklan

Keadaan lalu lintas sedikit perlahan dari Terowong Menora menuju ke Sungai Perak.

Menurut maklumat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik perlahan sepanjang dua kilometer dari Terowong Menora ke Sungai Perak.

Iklan

Sementara itu, Jurucakap Plus Malaysia Bhd (Plus) cawangan utara berkata, jumlah trafik di lebuh raya menuju utara dijangka meningkat dari 1.1 juta hingga 1.4 juta kenderaan hujung minggu ini.

Katanya, keadaan itu menjadikan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak dan Gunung Semanggol di kedua-dua arah dijangka menerima pertambahan kenderaan.

Iklan

"Bagi mengelak kesesakan di R&R dan sekiranya pelanggan khuatir tentang penjarakan fizikal, kami mencadangkan mereka beli dan bawa pulang bagi memastikan keselesaan semua.

"Pelanggan juga wajib melakukan pemeriksaan suhu badan dan mendaftar diri menggunakan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual bagi urusan pengesanan kontak rapat sekiranya perlu," katanya.