Penduduk mengambil upah mengasingkan siput di pelantar nelayan Kuala Sala.
Aktiviti ekonomi di pelantar nelayan kembali rancak dengan orang ramai datang membeli pelbagai jenis siput dan kerang yang djual murah terutama pada cuti hujung minggu. Bagi harga siput retak seribu dijual RM10 bagi tiga kilogram (kg), siput duri (RM8/kg) dan kerang bulu (RM5/kg).
Penduduk setempat dilihat kembali mengambil upah mengasingkan siput, sekaligus menjana pendapatan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19 sebelum ini. - Foto Bernama