SUBANG JAYA - Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini mengesahkan bahawa berita mengenai pembubaran Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) hanyalah khabar angin, dan entiti itu masih beroperasi seperti biasa.
"Ini hanya khabar angin," katanya ketika ditanya sama ada ada cadangan untuk membubarkan suruhanjaya itu atau menggabungkannya dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).