Pengebumian besar-besaran mangsa serangan masjid di Afghanistan

Iklan
Keluarga mangsa meratapi pemergian saudara mereka dan menggesa Taliban melindungi mereka.- Foto AP

MINORITI syiah di Afghanistan pada Sabtu mengebumikan saudara-mara dan rakan-rakan mereka yang terkorban dalam letupan di masjid ketika solat Jumaat pada hari sebelumnya.

Ketua komuniti syiah Haji Farhad berkata, angka korban terkini adalah sebanyak 63, namun ia mungkin bertambah susulan terdapat ramai mangsa kritikal di hospital.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, angka rasmi kematian dikeluarkan pegawai kerajaan kekal 47 orang.

Keluarga mangsa meratapi pemergian saudara mereka dan menggesa Taliban melindungi mereka.

Iklan

Kumpulan penyokong Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap kedua-dua serangan pengebom berani mati itu, yang mengorbankan lebih 120 nyawa.

Pembunuhan terbaru itu berlaku seminggu selepas satu lagi serangan terhadap penganut syiah di sebuah masjid di utara bandar Kunduz, yang meragut lebih 60 nyawa, dan turut didakwa didalangi Daesh.

Iklan

Kejadian itu mencetus kritikan pihak antarabangsa termasuk Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, yang mengutuk 'serangan keji' berkenaan.

Beliau menuntut pihak yang menggunakan keganasan untuk menyekat kebebasan beragama di Afghanistan itu segera dibawa ke muka pengadilan. - Awani