CARACAS - VENEZUELA. Seorang wartawan Amerika Syarikat (AS) dibebaskan selepas ditahan selama 12 jam semalam, oleh pihak berkuasa Venezuela.
Menurut Kesatuan Pekerja Media Kebangsaan (SNTP), Cody Weddle, koresponden media AS yang bekerja di Venezuela, dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar untuk proses deportasi.
Iklan
Iklan
Pembebasan Weddle diumumkan Senator Marco Rubio, pengkritik tegar kepimpinan Presiden Nicolas Maduro yang menerima tentangan hebat oleh pemimpin pembangkang, Juan Guaido.
"Penahanan dilakukan bertujan untuk menakutkan wartawan daripada membuat liputan tentang Guaido serta keadaan sebenar krisis di Venezuela," kata Rubio.
SNTP berkata, Weddle ditahan di kediamannya di Caracas dan peralatan kerjanya turut dirampas, malah pembantunya, seorang warga Venezuela bernama Carlos Camacho,turut ditahan.
Krisis politik Venezuela semakin memuncak berikutan ketegangan yang berlaku antara Presiden Maduro dan Guaido yang mengisythiharkan dirinya pemangku presiden dan mendapat sokongan padu AS serta hampir 50 negara lain yang mahu melihat pemerintahan Maduro ditamatkan demi menangani krisis kemanusiaan di negara itu. - AFP
Artikel Berkaitan