TONGGAK pertahanan Manchester United, Aaron Wan-Bissaka menghela nafas lega apabila boleh diturunkan dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang kelab Serie A, Atalanta Bergamasca Calcio selepas memenangi rayuan terhadap penggantungan dua perlawanannya.
Wan-Bissaka dilayangkan kad merah ketika The Red Devils berdepan kekalahan kepada Young Boys pada September, dengan pada awalnya Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengenakan penggantungan satu perlawanan sebelum menambah satu lagi penggantungan setelah tindakannya dianggap sebagai permainan kasar.