Jenayah rasuah jadi ikutan jika pelaku figura awam

Iklan
Foto 123rf. (Gambar kecil, Razali)

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Bandaraya Shah Alam, Razali Sahran berpendapat, aktiviti rasuah yang melibatkan golongan orang kenamaan atau tokoh masyarakat dikhuatiri lebih mudah mempengaruhi persepsi masyarakat.

Ujar beliau, ia berikutan golongan berkenaan lebih menarik perhatian berbanding orang biasa sehinggakan setiap perilaku mereka boleh menjadi ikutan kepada masyarakat.

Iklan
Iklan

"Ada kemungkinan aktiviti rasuah ini akan menjadi contoh kepada orang awam.

"Bagi sesetengah orang, mungkin akan melihat rasuah ini sebagai satu perkara normal.

Iklan

"Pihak berkuasa perlu membanteras rasuah habis-habisan sebelum ia mempengaruhi persepsi masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Razali berkata, situasi sama turut dapat dilihat dalam persekitaran sesebuah organisasi, institut atau syarikat.

Iklan

Menurutnya, rasuah menjadi budaya dalam sesebuah tempat apabila pemimpin atau seseorang yang berpangkat besar mengamalkan perbuatan tidak bermoral tersebut.

"Apabila pemimpin-pemimpin yang buat (rasuah), jadi orang bawahan akan ikut.

"Mereka akan fikir bahawa rasuah ini adalah benda biasa.

"Setakat bagi duit kopi atau duit bawah meja ini tiada masalah. Janji kerja mereka selesai,” ujarnya.