Tahap pematuhan SOP di Johor pada kadar 98 peratus

Iklan
Anggota polis melakukan pemantauan SOP ke atas pengunjung di Pantai Minyak Beku Batu Pahat pada Ahad.

BATU PAHAT - Tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Johor berada pada kadar 98 peratus terutama selepas kebenaran rentas negeri bermula 11 Oktober lalu.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Komuniti Johor, Senior Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, hasil tinjauan dan operasi pematuhan yang dilaksanakan, orang ramai terus berwaspada dengan mematuhi SOP terutama di kawasan rekreasi.

Iklan
Iklan

Katanya, walaupun berada di tempat awam, orang ramai didapati sentiasa memakai pelitup muka dan sentiasa memggunakan cecair pembasmi kuman.

"Hasil pemantauan saya di kawasan rekreasi Pantai Minyak Beku, nampaknya pengunjung seakan-akan melepaskan geram untuk datang bercuti rehat.

Iklan

"Namun mereka tidak abaikan SOP, semua pakai pelitup muka selain lengkap mendapat vaksin serta mengamalkan penjarakan sosial," katanya ketika ditemui di Pantai Minyak Beku Batu Pahat pada Ahad.

Menurut Abdul Aziz, orang ramai diminta terus mematuhi SOP dan tidak leka dengan kelonggaran yang diberikan selepas Johor beralih ke Fasa Tiga PPN pada 8 Oktober lalu.

Iklan

"Pihak polis akan terus menasihatkan anggota masyarakat untuk sentiasa mengikut SOP ditetapkan selain turut mengenakan tindakan kompaun jika didapati gagal patuh SOP," katanya.

Sementara itu pengunjung yang ditemui, Osman Ahmad, 46 berkata, cuti pada Ahad dimanfaatkan sebaiknya dengan bercuti bersama keluarga di Pantai Minyak Beku.

"Semua ahli keluarga sudah divaksin. Saya bersama keluarga datang ke Pantai Minyak Beku dari rumah kami di Benut Pontian.

"Sepanjang berada di kawasan pantai, saya pastikan anak-anak dan keluarga patuh SOP terutama memakai pelitup muka," katanya.

Pengunjung Noor Hakim Jaafar, 20, berkata, Pantai Minyak Beku cukup popular di Batu Pahat sebagai tempat riadah.

"Memang seronok dapat datang ke Pantai Minyak Beku selepas lama tidak datang ke sini. Cuma kali ini kene patuh betul- betul SOP bagi menangani penularan Covid-19," katanya.