32,000 kenderaan perantau, pelancong masuk Kelantan

Iklan
Gambar hiasan - Foto fail Bernama

KOTA BHARU - Kelantan mencatatkan 32,000 jumlah kenderaan perantau dan pelancong domestik yang merentas masuk ke negeri ini sehingga Sabtu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, jumlah kenderaan itu masuk menerusi empat laluan di sempadan iaitu dua di Gua Musang dan masing-masing satu di Jeli serta Pasir Puteh.

Iklan
Iklan

Katanya, seiring dengan peningkatan jumlah kenderaan itu, trafik masih terkawal dan tiada kesesakan teruk.

"Lebih 32,000 kenderaan masuk ke Kelantan membabitkan perantau yang tinggal di luar dan pelancong yang ingin bercuti di negeri ini.

Iklan

"Keadaan masih terkawal kerana pengguna jalan raya bijak menyusun jadual perjalanan bagi menggelakkan kesesakan lalu-lintas,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Ahad.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) ujarnya, tetap meneruskan pemantauan di tempat-tempat awam ketika Kelantan beralih ke fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) esok.

Iklan

"Hasil pemantauan di pusat-pusat pelancongan di Kelantan kembali meriah apabila mula dikunjungi orang ramai sekali gus merancakkan kembali industri pelancongan negeri ini.

"Saya nasihatkan rakyat supaya patuh pada prosedur operasi standard (SOP) dan polis tidak akan berkompromi terhadap mereka yang melanggar SOP bagi membendung penularan Covid-19,” katanya.