KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyuarakan harapannya bahawa keputusan mengenai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dimuktamadkan tidak lama lagi selepas kerajaan China menawarkan pengurangan kos projek berkenaan.
"Saya rasa Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) sudah menyebut bahawaterdapat pengurangan harga, dan kami masih dalam perbincangan dan berharap rundingan ini boleh dijalankan segera, dan berharap bertepatan lawatan Tun Mahathir ke China pada April,” katanya selepas melancarkan Dana Transformasi Pendigitalan Industri di sini hari ini.