KPDNHEP sita beg, kasut, tali pinggang tiruan

Iklan
KPDNHEP menyita barang-barang tiruan pelbagai jenama antarabangsa.

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyita 2,054 pelbagai barangan berjenama tiruan bernilai RM39,099 dalam serbuan di tiga premis di Jalan Sultan Ismail dan Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang di sini semalam.

Operasi bermula pukul 12 tengah hari disertai 10 pegawai termasuk penguat kuasa itu adalah hasil risikan serta berdasarkan aduan daripada wakil cap dagangan.

Iklan
Iklan

Barangan disita membabitkan 252 beg, 133 dompet, 89 tali pinggang, 939 selipar, 42 cermin mata, 197 jam tangan, tiga topi, 360 kasut dan 39 t-shirt tiruan pelbagai jenama antarabangsa.

Ketua Pegawai Penguatkuasa negeri, Low Swee Hon berkata, antara jenama barang tiruan yang dirampas ialah jenis Nike, Adidas, Gucci dan Chanel.

Iklan

"Kita percaya barangan tiruan ini diperoleh dari luar negara dan dipasarkan semula di sini untuk dijual kepada pelancong asing.

"Berdasarkan siasatan, premis ini telah beroperasi selama dua tahun dan pernah beberapa kali diserbu KPDNHEP atas kesalahan sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Swee Hon berkata, dalam serbuan itu, ketiga-tiga premis tidak beroperasi namun operasi tetap diteruskan mengikut prosedur.

"Wakil cap dagang jenama berkenaan turut menyertai serbuan ini.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011," katanya lagi.