Ramai gembira dengan kelonggaran cara hidup

Iklan

APABILA kerajaan membenarkan rentas negeri, orang ramai memanfaatkan sepenuhnya peluang itu untuk pulang ke kampung masing-masing setelah sekian lama tidak dapat berbuat demikian.

Cuti hujung minggu yang boleh disambung dengan cuti Maulidur Rasul memberi kelebihan berharga untuk menikmati masa bersama insan tersayang di kampung.

Iklan
Iklan

Selain itu, ramai juga tidak melepaskan peluang dengan mengunjungi kawasan-kawasan peranginan.

Lokasi seperti di Cameron Highlands, Batu Ferringhi, Port Dickson dan kawasan tumpuan lain penuh dengan kebanjiran warga tempatan yang mahu merehatkan minda bersama keluarga.

Iklan

Aliran tinggi trafik keluar dari Lembah Klang dilaporkan meningkat sebanyak 21.8 peratus berbanding minggu lepas dan yang tertinggi adalah ke arah pantai timur iaitu sebanyak 65 peratus diikuti arah utara dan selatan.

Berdasarkan situasi ini, Merak Jalanan amat gembira kerana Malaysia sudah menuju ke arah pemulihan dan kita dapat hidup seperti sebelum ini.

Iklan

Banyak petanda-petanda positif yang menjurus ke arah itu dapat dilihat ketika ini terutamanya di luar negara apabila lebih banyak kelonggaran sudah mula dilihat.

Paling menyentuh hati Merak Jalanan ialah apabila jemaah di dua kota suci iaitu Makkah dan Madinah sudah mulai menikmati kelonggaran berkaitan Covid-19.

Bermula solat Subuh pada Sabtu, jemaah tidak lagi perlu melakukan penjarakan saf dan tiada lagi kewajipan untuk memakai pelitup muka kecuali di kawasan tertentu.

Selepas ini, semua kelonggaran itu akan mula dinikmati di negara kita pula melibatkan seluruh jemaah solat fardu dan Jumaat.

Semoga kelonggaran dan nikmat yang kita dapat rasai ketika ini berterusan hinggalah kehidupan kita kembali normal seperti sediakala. Sama-sama kita berdoa kepada Yang Maha Esa.