Facebook akan ambil 10,000 pekerja baharu

Iklan
Facebook akan melabur di Kesatuan Eropah yang mempunyai banyak bakat bakat baharu berkualiti tinggi dan universiti berkelas dunia. - Foto AFP

PARIS - Facebook pada Isnin mengumumkan akan menggaji seramai 10,000 orang di Kesatuan Eropah (EU) untuk membina 'metaverse' iaitu versi virtual realiti internet untuk masa depan.

Sebagai contohnya, seorang pengguna media sosial itu dikehendaki memakai cermin mata virtual jika dia mahu bersemuka dengan seorang rakan yang berada ribuan kilometer jauhnya dengan menggunakan perkhidmatan internet.

Iklan
Iklan

"Hari ini kita mengumumkan satu rancangan untuk mencipta 10,000 pekerja berkemahiran tinggi di EU dalam tempoh lima tahun," menurut Facebook dalam blognya.

Ia akan melibatkan sejumlah jurutera berkemahiran tinggi tetapi syarikat tersebut hanya memberikan sedikit butiran lanjut tentang rancangannya itu.

Iklan

Blog itu menyatakan bahawa EU mempunyai banyak kelebihan kepada syarikat-syarikat teknologi untuk melabur seperti mempunyai pasaran yang luas, universiti kelas pertama dan bakat-bakat berkualiti tinggi.

Pengumuman itu dibuat selepas Facebook mengalami masalah gangguan perkhidmatan selama beberapa jam dan peningkatan desakan supaya diwujudkan peraturan bagi mengekang pengaruhnya yang cukup besar.

Iklan

Ia juga berdepan dengan kritikan setelah seorang bekas pekerjanya, Frances Haugen membocorkan satu kajian dalaman syarikat itu yang mendapati Facebook mungkin memberikan kerosakan terhadap kesihatan mental golongan muda. - Agensi