Belanjawan 2022: Kerajaan beri tumpuan pulihkan ekonomi

Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif Karangkraf Medicare Sdn. Bhd, Azizi Fickry (kiri) bergambar bersama Noh dan yang lain pada Majlis Pertukaran MoU, Pelaksanaan Program Pembangunan Vendor. - Foto Sinar Harian/ Rosli Talib

PUTRAJAYA - Kerajaan yakin akan memberi tumpuan terhadap pemulihan ekonomi dalam Belanjawan 2022 yang dijadualkan dibentang akhir bulan ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar berkata, masalah kesihatan akibat Covid-19 yang membelenggu negara sejak tahun lalu kini dapat di atasi.

Iklan
Iklan

"Jadi saya berpandangan pada Belanjawan 2022, kerajaan akan memberi tumpuan terhadap pemulihan ekonomi," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Pelaksanaan Program Pembangunan Vendor di sini pada Isnin.

Menurutnya, dalam sesi libat urus bersama Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, MEDAC telah memohon peruntukan RM1 bilion dalam belanjawan tersebut.

Iklan

Pada 2 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan Belanjawan 2022 akan memberi fokus kepada rakyat berikutan masih ramai yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, Noh berkata, MEDAC telah memohon peruntukan RM97 juta bagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk membangunkan usahawan tempatan agar lebih berdaya saing.

Iklan

"MEDAC telah mohon,tetapi belum ada keputusan Kita harap Kementerian Kewangan berpandangan jauh untuk membantu usahawan," katanya.