Istiadat Penganugerahan Pingat Pulau Pinang 1 November ini

Iklan
LAW CHOO KIANG

GEORGETOWN - Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2021 akan berlangsung selama lima hari bermula 1 November ini.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata, majlis istiadat itu akan berlangsung di Dewan Sri Pinang bermula 1, 2,8,9 dan berakhir pada 10 November.

Iklan
Iklan

Menurutnya, istiadat akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengelakkan penularan Covid-19.

"Semua penerima dan jemputan diwajibkan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan termasuk menerima vaksinasi lengkap dan tamat tempoh matang.

Iklan

"Penerima dan pasangan juga perlu menjalani ujian saringan Covid- 19 (RT-PCR) dalam tempoh tiga hari sebelum hari raptai istiadat.

"Selain itu, mereka perlu mengemukakan salinan keputusan ujian saringan dan memaparkan sijil digital vaksinasi (MySejahtera) kepada urusetia ketika pendaftaran pada hari berlangsungnya majlis," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Hari Ulangtahun Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak disambut pada 10 Julai lalu namun ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak susulan pengumuman Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 15 Jun lalu oleh Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kata Choo Kiang lagi, Majlis-majlis Rasmi Kerajaan Negeri sempena Hari Ulang Tahun Ke-72 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tahun 2021 akan ditentukan kemudian tertakluk kepada SOP semasa yang dikeluarkan oleh MKN.