HANOI - Tiga terbunuh, empat cedera dan seorang hilang dalam kejadian hujan lebat di wilayah utara dan tengah Vietnam pada Ahad, menurut pejabat Jawatankuasa Pemandu untuk Kawalan dan Pencegahan Bencana Alam.
Tanah runtuh yang dicetuskan hujan lebat itu menyebabkan beberapa batang jalan raya dan jambatan rosak, gangguan lalu lintas dan sebahagian penduduk terputus hubungan, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).