Reman pemandu van disambung

Iklan
Laporan Sinar Harian Rabu lalu.

SEREMBAN - Pemandu van yang membawa seorang kanak-kanak autisme yang ditemui meninggal dunia selepas lebih tiga jam ditinggalkan di dalam kenderaan itu disambung reman sehari lagi sehingga Selasa.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, sebelum ini, lelaki berusia 34 tahun itu direman selama tujuh hari sehingga Isnin bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

"Ya, sambung reman sehingga esok (Selasa)," katanya pada Isnin.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Iklan

Sinar Harian pada 14 Oktober melaporkan seorang kanak-kanak perempuan autisme ditemui maut selepas tertinggal di dalam sebuah van di Taman Nusari Bayu 2 di sini pada Selasa minggu lalu.

Mangsa sepatutnya dihantar ke pusat jagaan namun pemandu van pulang ke rumahnya tanpa menyedari mangsa masih berada di dalam van dari jam 2.30 petang hingga jam 5.50 petang.

Iklan

Kanak-kanak berkenaan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sendayan di sini jam 3 petang Rabu.