SHAH ALAM - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di perkampungan orang asli di Pos Betau, Mukim Ulu, Jelai, Lipis, Pahang bermula 20 Oktober hingga 2 November ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, langkah itu dilaksanakan selepas setelah pihaknya meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa penularan Covid-19 di kesemua lokaliti berkenaan.