Penjawat awam antara 24 individu ditahan salah guna dadah

Iklan
Kesemua suspek berusia 27 hingga 62 tahun diberkas dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Mempaga, Bentong

BENTONG - Seorang penjawat awam antara 24 individu yang diberkas dalam satu serbuan di sebuah ladang kelapa sawit kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, Op Sarang Khas selama dua hari bermula Sabtu di Felda Mempaga itu menahan warga tempatan berusia 27 hingga 62 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis turut merampas dadah jenis heroin anggaran berat 8.95 gram dan methamphetamine dianggarkan 0.38 gram

"Kesemua suspek ditahan di bawah pelbagai Seksyen Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Iklan

"Mereka juga akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Operasi dilakukan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

Iklan