KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan tidak cemas dan bimbang dengan kelibat dan bunyi enjin pesawat pejuang yang terbang rendah di ruang udara Lembah Klang mulai Selasa hingga Khamis ini.
Kementerian Pertahanan (Kementah) dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, pesawat-pesawat itu terlibat latihan penerbangan membabitkan formasi-formasi penerbangan rendah serta taktikal sempena acara sambutan 50 Tahun Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA), Khamis ini.