Aswara terima kemasukan 1,331 pelajar

Iklan
Seorang pelajar sedang mendaftar di Aswara pada Ahad.

SHAH ALAM - Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) menerima kemasukan seramai 1,331 pelajar secara fizikal melibatkan semua peringkat pengajian di akademi itu bermula Ahad.

Iklan
Iklan

Aswara dalam satu kenyataan berkata, Aswara menyambut baik dan menyahut saranan Kementerian Pengajian Tinggi dengan membenarkan semua kategori pelajar dan semua fasa Pelan Pemulihan Negara yang telah lengkap dua dos vaksin untuk kembali mendaftar ke kampus selepas hampir dua tahun menempuh proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian.

Bagaimanapun, katanya, pelajar daripada lokaliti yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikecualikan untuk kembali ke kampus.

Iklan

Tiga pelajar tiba untuk mendaftar di Aswara pada Ahad.

"Aswara sentiasa mengambil kira situasi semasa dan merujuk permakluman terkini Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

Iklan

"Sesi PdP akan dilaksanakan secara hibrid mengikut keperluan program pengajian. Perkara ini bagi membolehkan pelajar yang tidak lengkap vaksinasi boleh meneruskan pengajian secara dalam talian.

"Aswara juga memperkukuhkan prosedur operasi standard sepanjang sesi pendaftaran dan PdP bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 di kampus ini.

"Pihak kampus juga mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyediakan alat ujian kendiri dan bilik isolasi bagi menempatkan pelajar yang bergejala dan didapati positif,” jelas kenyataan itu.