Lagi kebakaran hutan di Perak

Iklan
Teknik fire break dan memadamkan bara berjaya mengawal kebakaran di lokasi.

GERIK - Sekurang-kurangnya 16 hektar kawasan hutan di Bukit Gua Tedung berhampiran Kampung Air Ganda terbakar, pagi tadi.

Kebakaran yang berlaku pada ketinggian 314 meter itu dimaklumkan kepada anggota bomba pada jam 8.34 pagi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik.

Iklan
Iklan

Azizul Aswad Asaris berkata, maklumat awal daripada orang awam mengatakan kebakaran berlaku di Bukit Laba.

Bagaimanapun menurutnya, selepas pemantauan bersama Jabatan Perhutanan dilakukan mendapati kawasan yang terjejas adalah di Bukit Gua Tedung.

Iklan

"Anggota bergerak ke lokasi kejadian dengan melalui Bukit Laba, sebaik tiba didapati, api sedang marak dan merebak menghala ke Gunung

Operasi pemadaman dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu dengan melakukan teknik fire break dan memadamkan bara," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Iklan
Teknik fire break dan memadamkan bara berjaya mengawal kebakaran di lokasi.

Beliau berkata, operasi pemadaman masih diteruskan dan setakat ini, keadaan terkawal dengan keadaan api terbakar perlahan.

Katanya, anggota berdepan kesukaran untuk masuk ke lokasi kebakaran berikutan keadaan kawasan yang cerun berbukit dan perlu menyeberangi sungai.

"Operasi hari ini turut disertai 12 kakitangan Jabatan Perhutanan, kita turut menerima bantuan dari balai bomba Pengkalan Hulu dan Taiping," katanya.

Keadaan api marak ketika anggota tiba di lokasi.