PEMAIN tengah Manchester City, Kevin de Bruyne percaya penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski layak diangkat sebagai pemain terbaik dunia ketika ini.
Menurut de Bruyne, Lewandowski juga layak untuk meraih anugerah Ballon d'or berdasarkan prestasi cemerlangnya dalam beberapa musim kebelakangan ini.
Iklan
Iklan
Lewandowski kini antara peledak berbisa dengan 15 gol dalam semua kejohanan dan menjadi pemain terbanyak menjaringkan gol jika dibandingkan dalam lima liga teratas Eropah musim ini.
Malah, dia juga pernah merangkul kejuaraan treble bersama Bayern pada 2019-20 dan memecahkan rekod Gerd Muller sebagai penjaring terbanyak Bundesliga pada musim lalu.
"Saya suka melihat dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini dan saya memilih Robert Lewandowski. Kita tidak boleh nafikan ketajamannya di depan gol dan apa yang dilakukan untuk membantu Bayern memenangi kejuaraan.
"Saya rasa dia paling layak untuk dilabel sebagai pemain terbaik dunia dan menang Ballon d'Or," katanya.
Lewandowski yang sudah bersama Bayern sejak 2014 sudah melakukan 227 penampilan buat kelab gergasi Jerman itu dan telah meledak 212 dalam semua kejohanan.