JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 241 juta, berikutan lebih 300,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 45 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 34 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.6 juta kes.
United Kingdom kini catat lebih 8.5 juta kes, manakala Rusia, Perancis dan Turki antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes.
Argentina melebihi 5 juta dan diikuti Colombia serta Sepanyol yang semakin hampir kepada jumlah tersebut.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.7 juta, Malaysia lebih 2.3 juta kes dan Thailand dengan 1.7 juta kes manakala Singapura merekodkan lebih 150,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 4.9 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 725,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 603,000 kes, India lebih 452,000 kes, dan Mexico dengan lebih 284,000 kes.
Sementara Rusia kini catat lebih 220,000 kes kematian.
United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 94,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 86,000 kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 142,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 40,000 diikuti Malaysia dengan 27,000 kes manakala Thailand dengan lebih 18,000 angka korban. - Awani